LATAR BELAKANG
11:32 PM
Sekolah Rendah Tahfiz Integrasi Ismail Kamari atau dikenali
sebagai “SeRTIIk” adalah merupakan sebuah sekolah swasta yang dibangunkan atas
keperhatinan terhadap sistem pendidikan yang mengutamakan keseimbangan
pembelajaran aliran akademik dan aliran agama agar dapat melahirkan modal insan
yang cemerlang dari aspek akademik dan pengetahuan agama.
Ini amat penting di dalam suasana persekitaran luaran yang penuh
dengan cabaran tanpa batasan di dalam dunia tanpa sempadan dimana kesiapsiagaan
seseorang pelajar perlu dititik beratkan sebagai persiapan untuk mengharungi
dunia sebenar.
Pendidikan Awal yang berteraskan konsep ini bukanlah sesuatu yang
baharu dimana SeRTIIK telah mengambil inisiatif ini agar lebih ramai ibubapa
yang mempunyai pandangan yang sama dapat menghantar anak mereka.
Kesinambungan pembelajaran ke peringkat lebih tinggi adalah satu
objektif SeRTIIK agar pelajar-pelajar dapat mendalami ilmu mereka ke sekolah
menengah dan kolej atau universiti di dalam pengkhususan tertentu.
Justeru,pemilihan,penilaian dan sistem pembelajaran yang sempurna dan sistematik dengan tenaga kerja dan guru-guru yang berdidikasi untuk mendidik pelajar-pelajar adalah menjadi keutamaan dan kelainan yang ada pada SeRTIIK
0 comments